SABAK BERNAM: "Saya cium ayah dan baunya sangat wangi walaupun jasadnya ketika itu sudah terbaring di dalam longkang,"

ujar Mohd Fazil Mohd Aris, 43, ketika menceritakan detik menyayat hati sejurus menemui jenazah bapanya, Mohd Aris Suandi, 76, yang maut dalam kemalangan di Jalan Lama Panchang Bedena, Sungai Besar di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 10.35 malam itu, Allahyarham yang juga bilal Surau Hasbiah, Kampung Sungai Burung di sini, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang dirempuh kereta.

Lebih memilukan apabila lelaki warga emas itu tercampak sejauh kira-kira 10 meter dari lokasi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.