JAKARTA: Indonesia mungkin menghentikan eksport tenaga kepada negara yang tidak menghormatinya, kata seorang menteri kanan pada 22 Oktober.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas membayangkan Jakarta mungkin tidak memperbaharui kontrak eksport gas dengan negara jiran tertentu.

Ia menyusuli gesaan Presiden Prabowo Subianto menggesa Indonesia melindungi sumber aslinya dan mengutamakan kepentingan negara, sambil menyatakan negara itu berdepan keadaan mencabar yang memerlukan tumpuan terhadap kelangsungan hidupnya.

Menteri Penyelaras bagi Hiliran dan Peralihan Tenaga, Bahlil Lahadalia, berkata Jakarta akan menyemak semula perjanjian eksport tenaga ke negara yang gagal menunjukkan sikap saling menghormati, namun beliau tidak menamakan mana-mana negara secara khusus.