KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan berkuat kuasa Isnin ini iaitu 26 Oktober bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembubaran itu pada sidang akhbar khas di Kompleks Satria Pertiwi di sini petang tadi.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – Bernama
The post DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini appeared first on Kosmo Online.









