KUCHING : Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan pada 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-13 (PRN-13).

Pembubaran diumumkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.