DUN Sarawak akan dibubarkan pada 26 Okt sekaligus membuka laluan kepada pilihan raya, menurut pengumuman oleh Premier Abang Johari Openg petang tadi.PETALING JAYA: Premier Sarawak, Abang Johari Openg, mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan pada 26 Okt.
Pembubaran itu membuka laluan kepada pilihan raya umum peringkat DUN bagi memilih wakil-wakil rakyat, yang mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.
Abang Johari mengumumkan pembubaran DUN Sarawak selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau menyeru semua parti politik dan penyokong masing-masing, serta calon-calon bertanding supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan menghormati undang-undang sepanjang tempoh pilihan raya.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F453234432234324_895682.png&w=480&output=webp&q=85&we)