Ribut petir dan hujan dijangka berlaku hingga 6 petang ini di 11 negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 6 petang ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca buruk di Semenanjung melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dan keseluruhan negeri Perlis, Terengganu serta Selangor.
Kawasan terjejas di Kedah ialah Bandar Baharu, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang, Sik, Kuala Muda, Langkawi, Kulim dan Baling, manakala di Perak melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.








