Susulan arahan PM Anwar Ibrahim agar penjawat awam berhenti guna Waze, BDS Malaysia gesa kerajaan agar terus konsisten tangani isu keselamatan negara. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: BDS Malaysia menyambut baik arahan kerajaan melarang penjawat awam daripada menggunakan aplikasi navigasi Waze serta gesaan agar orang ramai turut menghentikan penggunaan aplikasi navigasi tersebut.

Dalam satu kenyataan, organisasi itu memaklumkan, pihaknya menyokong arahan berkenaan berikutan penggunaan Waze dibimbangi boleh menjejaskan keselamatan negara dan kedaulatan Malaysia.

“Kami menyokong sepenuhnya arahan ini yang dikeluarkan demi mengelakkan keselamatan dan kedaulatan negara daripada disalahgunakan oleh Waze, sebuah syarikat berpangkalan di Israel, demi kepentingan rejim aparteid Zionis yang melakukan pembunuhan beramai-ramai,” menurut kenyataan itu.