KUALA KANGSAR – Perak mahu mengangkat jenama Ikan Perak sebagai hidangan kepada orang ramai, selari dengan negeri ini sebagai pengeluar dan penyumbang pendaratan ikan terbesar di Malaysia

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd. Ghazali A. Manap berkata, beberapa jenis ikan yang didaratkan terutamanya di Sungai Perak seperti temoleh mahu dipopularkan.

Katanya, usaha itu termasuk dengan cara mempelbagaikan jenis masakan seperti masakan ala Cina selain menu tradisi Ikan Pindang Daun Seniar.

Beliau berkata, Jabatan Perikanan juga mahu menjadikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuh Raya Utara-Selatan sebagai lokasi terkenal untuk menjamu Ikan Perak.