PETALING JAYA – Keprihatinan seorang wanita yang menyedari gerak-geri mencurigakan seorang warga emas ketika berurusan di kaunter Amanah Saham Bumiputera (ASB) dipercayai berjaya menyelamatkannya daripada menjadi mangsa penipuan membabitkan RM50,000.

Menerusi perkongsian di Threads, wanita menggunakan nama akaun @helenaaishx itu berkata, dia mula curiga selepas terlihat warga emas berkenaan membaca perbualan WhatsApp yang mempunyai ciri-ciri menyerupai arahan daripada scammer.

Lebih membimbangkan, dia mendakwa terlihat warga emas terbabit menyebut mengenai jumlah RM50,000 dalam perbualan berkenaan ketika sedang mengeluarkan wang.