Alor Setar: Harga benih padi wajar dinilai semula dan diselaraskan mengikut keadaan pasaran semasa bagi memastikan kos input pertanian itu tidak terus membebankan pesawah.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, harga benih padi ketika ini perlu mengambil kira perubahan harga belian padi serta kos pengeluaran supaya lebih seimbang.

Katanya, walaupun harga benih padi di pintu kilang diturunkan RM2 kepada RM56 bagi setiap beg berbanding RM58 sebelum ini, namun pesawah di negeri lain masih terpaksa menanggung harga lebih tinggi akibat kos pengangkutan dan pengedaran.

"Kalau harga di pintu kilang RM56 satu beg, pesawah di kawasan berhampiran mungkin boleh mendapatkannya pada harga sekitar RM60.