Seorang suspek 16 tahun didakwa menyerang seorang guru di Sekolah Antarabangsa Tunku Putra-HELP, Kuching menggunakan kapak kecil sehingga menyebabkan tangan mangsa cedera.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng menggesa polis memastikan tiada cubaan menyembunyikan fakta dalam siasatan ke atas serangan di Sekolah Antarabangsa Tunku Putra-HELP (TPH) di Kuching yang membabitkan seorang suspek 16 tahun.
Presiden Parti Bangsa Malaysia itu berkata, pihak berkuasa perlu mendedahkan maklumat kes dengan segera dan telus susulan khabar angin mendakwa ia membabitkan anak daripada "keluarga politik sangat berpengaruh" di Sarawak.
"Ini insiden amat malang dan saya tidak mahu menjadikannya isu politik. Namun, saya ingin mengingatkan pihak berkuasa terbabit bahawa maklumat yang didedahkan mestilah disampaikan dengan segera, telus dan berlandaskan fakta.







