Kuala Lumpur: Sebanyak 535 tangkapan warga asing membabitkan 527 kes berkaitan rokok tidak berkastam direkodkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam tempoh dua tahun ini.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Amran Ahmad berkata, berdasarkan rekod JKDM, pada tahun 2025, sebanyak 242 tangkapan membabitkan warga asing direkodkan dalam 239 kes berkaitan rokok tak berkastam.

"Bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu pula, sebanyak 293 tangkapan warga asing direkodkan melibatkan 288 kes.

"Ini menjadikan keseluruhan bagi kedua-dua tempoh itu sebanyak 535 tangkapan warga asing melibatkan 527 kes berkaitan rokok tak berkastam," katanya secara eksklusif kepada Harian Metro hari ini.