AMPANG JAYA – Seramai 13 lelaki berusia antara 15 hingga 20 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di sebuah tokong, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asistern Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya telah mengesan rakaman video berkaitan kejadian itu yang tular di media sosial.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.01 tengah malam sebelum sepasukan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas di lokasi bertindak meleraikan pergaduhan berkenaan.