KUALA LUMPUR: PETRONAS menerusi anak syarikat milik penuhnya, PETRONAS CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV), memeterai perjanjian usaha sama dengan TotalEnergies EP CCS Malaysia (TotalEnergies) dan Mitsui & Co Ltd (Mitsui) bagi membangunkan kawasan penyimpanan karbon di luar pesisir Semenanjung.
Perjanjian usaha sama itu menjadi langkah penting dalam pembangunan Hab Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) Selatan Malaysia, yang dirancang untuk menyediakan kemudahan penyimpanan karbon dioksida (CO2) secara selamat, boleh dipercayai dan untuk jangka panjang kepada industri yang sukar mengurangkan pelepasan karbon.
Fasa pertama projek itu menyasarkan penggunaan medan gas yang telah susut di luar pesisir Semenanjung, dengan kapasiti suntikan dijangka mencapai sehingga lima juta tan setahun.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F23434523234_894463.png&w=480&output=webp&q=85&we)
