PETALING JAYA: Sembilan ahli 'Geng Yunaa' yang disyaki terbabit dalam pemerdagangan kanak-kanak untuk eksploitasi seks didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang.

Semua tertuduh termasuk tiga wanita hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

Mereka ialah Lai Kok Hoe, Tham Yong Zhi, Seah Joon Kiat, Mohammad Joshua Salman, Mohd Amrul Naim Mohd Asbie Syaifullah Abdullah dan Mohamed Amirul Mohamed Razali.

Tiga wanita itu ialah Nur Suhada Benjamin Abdullah, Nuraslinda Natasha Hanafi dan Aiman Muna Mohamed Razali.