Kuala Lumpur: Isteri kepada pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah, memaklumkan suaminya sudah mempunyai peguam bela untuk mewakilinya di Mahkamah Persekutuan nanti.

Nor Haslinda Abdul Manaf berkata, bagaimanapun peguam masih mencari tarikh awal tahun depan untuk memulakan perbicaraan.

"Alhamdulillah... segala-galanya sudah ada dan hanya tunggu tarikh. Saya pun ada pergi melawat dia (Ismahalil) di Penjara Kajang dan mendapati berat badannya susut sikit.

"Dia pun selalu puasa dan di dalam sana dia jadi orang masjid. Dia juga ada hubungi saya dan maklumkan banyak aktiviti sukan dekat situ," katanya kepada Harian Metro.