KOTA BHARU – Perikatan Nasional (PN) masih berunding bagi memuktamadkan pembahagian kerusi bersama parti dalam gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan sasaran mendapatkan tambahan dua kerusi daripada tujuh yang dibincangkan setakat ini bersama UMNO.Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, rundingan berkenaan masih berlangsung dan keputusan akhir dijangka dibuat dalam masa terdekat, termasuk kemungkinan satu atau dua kerusi tambahan.Menurut beliau, perbincangan itu kini berada di peringkat Jawatankuasa Induk dan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat yang dijangka berlangsung dalam tempoh sehari dua ini."Setakat ini kita masih belum final. Walaupun tujuh kerusi yang disebut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu ialah kerusi yang tidak dimenangi BN (Barisan Nasional), kita masih ada perundingan untuk satu atau dua kerusi lagi."Kita jangka mungkin hari ini atau esok dapat dimuktamadkan, insyaALLAH," katanya semasa sidang media pada Jumaat.Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Kuliah Pagi Jumaat Perdana sempena Karnival Rakyat 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV di sini.Ujar beliau, tujuh kerusi berkenaan setakat ini dianggap oleh UMNO sebagai kerusi yang perlu dikekalkan di bawah parti itu, namun Pas masih berharap ruang rundingan dapat membuka peluang untuk mendapatkan tambahan kerusi.Tuan Ibrahim memberitahu, keputusan berhubung pembahagian kerusi itu akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi parti menerusi jawatankuasa perundingan kerusi.Mengulas mengenai tujuh kerusi yang sedang dibincangkan, ujarnya, kawasan terbabit merangkumi empat kerusi yang dimenangi DAP dan tiga lagi kawasan majoriti Melayu.
PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi

Key takeaways
PN masih berunding untuk muktamadkan pembahagian kerusi PRN Melaka, dengan sasaran tambahan dua kerusi.
- PN dan UMNO masih berunding untuk menentukan pembahagian kerusi PRN Melaka.
- Sasaran PN ialah mendapatkan tambahan dua kerusi daripada tujuh yang dibincangkan.
- Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat yang dijangka berlangsung dalam tempoh sehari dua.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bersatu muktamad kerusi PRN Melaka hujung minggu ini
- Malaysiakini (BM) PN: Rundingan kerjasama PRN Melaka 'dalam lingkungan 100 peratus'
- Utusan Malaysia PN belum putus penggunaan logo pada PRN Melaka
- Harian Metro PN belum putuskan logo bagi PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi, intai tambahan dua kerusi (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F23434523234_894463.png&w=480&output=webp&q=85&we)
