KUALA LUMPUR - Seorang arkitek bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas pertuduhan mencabul anak lelaki pegawai kanan polis di gimnasium Taman Melawati, Ahad lepas.Datuk Saiful Anuar Abdul Aziz, 61, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berumur 18 tahun dengan niat mencabul kehormatannya di bilik sauna (steam room) gimnasium di sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati, pada 7.10 malam, 18 Oktober lepas.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, M Ramanathan Alias Ashwin memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.Peguam K Theivaendran yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya menanggung keluarga termasuk ibu berumur 89 tahun yang uzur."Saya membantah permohonan pihak pendakwaan untuk tertuduh menyerahkan pasport kerana anak guam mempunyai projek-projek di luar negara termasuk di Riyadh dan tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri," katanya.Majistret Siti Nur Ain Ariffin membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin serta membenarkan syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan.Mahkamah menetapkan 26 November ini untuk sebutan kes.Pada Rabu lepas, media melaporkan seorang lelaki warga emas ditahan pegawai kanan polis berkenaan selepas didakwa mencabul anak lelakinya di sebuah pusat gimnasium di Melawati.Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berada di pusat gimnasium itu bersama rakannya. - Bernama
Arkitek bergelar Datuk didakwa cabul anak lelaki pegawai kanan polis di gimnasium

Key takeaways
Seorang arkitek bergelar Datuk didakwa mencabul anak lelaki pegawai polis di gimnasium Taman Melawati.
- Datuk Saiful Anuar Abdul Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencabul mangsa berumur 18 tahun.
- Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman maksimum 10 tahun penjara.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM9,000 dengan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pengerusi badan berkanun bergelar ‘Datuk’ didakwa esok
- Free Malaysia Today Datuk mengaku tak salah cabul anak pegawai polis
- Sinar Harian Arkitek bergelar Datuk didakwa cabul anak lelaki pegawai kanan polis di gimnasium (this story)
- Malaysiakini (BM) Arkitek bergelar datuk didakwa cabul anak pegawai polis







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F23434523234_894463.png&w=480&output=webp&q=85&we)
