Ampang: Seorang arkitek bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan remaja lelaki di dalam sebuah bilik sauna, Ahad lalu.
Warga emas, Datuk Saiful Anuar Abdul Aziz, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret
Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 18 tahun dengan memegang badan mangsa dengan niat mencabul kehormatannya.
Perbuatan itu dilakukan di bilik sauna, sebuah gimnasium di pusat beli-belah dekat sini, pada jam 7.10 malam, 18 Oktober lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.









