Shah Alam: Pihak polis menerima 19 laporan berkaitan individu disyaki menyamar sebagai pengawal peribadi sulit kepada Raja Muda Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, semakan lanjut mendapati suspek berusia 40 tahun yang kini berada dalam senarai dikehendaki polis itu mempunyai sembilan laporan terhadapnya di negeri ini.

Menurutnya, laporan polis membabitkan kerugian mencecah RM700,000.

"Polis ingin menegaskan bahawa individu itu bukan kakitangan istana dan tidak mempunyai kaitan dengan Institusi Diraja Selangor. Dia hanya orang biasa yang mengambil kesempatan menipu rakan-rakan.