SHAH ALAM – Kegiatan seorang lelaki yang didakwa menyamar sebagai pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor dipercayai aktif sejak tahun 2024 dengan nilai kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM700,000.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, anggaran kerugian itu berdasarkan sembilan laporan polis yang diterima setakat ini berkaitan kegiatan penipuan suspek.Menurutnya, hasil semakan mendapati suspek utama berusia 40 tahun itu bukan kakitangan istana dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Institusi Diraja Selangor."Semakan mendapati suspek utama berusia 40 tahun itu bukan kakitangan istana atau mempunyai sebarang kaitan dengan Institusi Diraja Selangor."Mengikut laporan polis, kegiatan penipuan ini dilakukan sejak 2024," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.Shazeli berkata, suspek dipercayai mengambil kesempatan menggunakan nama serta imej yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja bagi memperdaya mangsa."Dia tidak mempunyai kaitan dengan Institusi Diraja Selangor atau kakitangan istana. Suspek hanyalah orang biasa yang mengambil kesempatan untuk melakukan penipuan," katanya.Menurut beliau, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Bagaimanapun, polis menerima sebanyak 19 laporan yang mempunyai kaitan dengan suspek tersebut termasuk beberapa laporan yang direkodkan di kontinjen polis lain.Susulan itu, usaha mengesan lelaki berkenaan sedang giat dijalankan."Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Norizuana Saidin di talian 014-7175567," katanya.Dalam perkembangan sama, Shazeli berkata, polis turut menahan tunang kepada suspek bagi membantu siasatan.Wanita berusia lingkungan 30-an yang merupakan seorang pengusaha salon itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu."Kita juga sedang mengesan beberapa individu lain yang dipercayai membantu kegiatan suspek lelaki itu," katanya.Sebelum ini, polis membuka siasatan selepas menerima laporan daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor di Istana Mestika pada 15 Oktober lalu berhubung dakwaan penyalahgunaan gambar Raja Muda Selangor.Terdahulu, Pentadbiran Istana Selangor menegaskan pihaknya tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan penyamaran atau penyalahgunaan nama institusi diraja.
Polis buru suspek menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, tipu RM700,000

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 40 tahun disyaki menyamar sebagai pengawal peribadi Raja Muda Selangor dan menipu mangsa dengan jumlah kerugian RM700,000 sejak 2024.
- Suspek didakwa menyamar sebagai pengawal peribadi Raja Muda Selangor.
- Kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM700,000 berdasarkan sembilan laporan polis.
- Suspek tidak mempunyai kaitan dengan Institusi Diraja Selangor.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Kosmo
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Polis buru suspek menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, tipu RM700,000 (this story)






