SHAH ALAM – Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah kuil tidak berdaftar di Klang sebagai lokasi penyimpanan bahan terlarang terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kumpulan tersebut dan bekerja secara sambilan di rumah ibadat berkenaan.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kuil itu merupakan antara empat lokasi yang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor menerusi lima serbuan berasingan di sekitar negeri ini antara 13 hingga 19 Oktober lalu.Menurutnya, operasi tersebut menyasarkan empat sindiket dadah berbeza dan membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM16.2 juta."Pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, ekstasi, ketamin dan heroin dirampas menerusi lima serbuan itu dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM16.2 juta."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita tidak menolak sebarang kemungkinan. Semakan awal mendapati kuil berkenaan tidak berdaftar dan dipercayai dijadikan stor penyimpanan heroin sejak awal tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Jumaat.Beliau berkata, polis percaya kegiatan itu mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur gangsterisme atau penglibatan kumpulan kongsi gelap.Dalam operasi tersebut, polis menahan lapan individu terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita berusia antara 19 hingga 48 tahun.Mereka membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta tiga lelaki dan seorang wanita warga asing."Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."Tiga lelaki dan seorang wanita warga asing dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket dadah tempatan serta antarabangsa," katanya.Menurut Shazeli, kesemua warga asing itu memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan semakan lanjut sedang dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).Beliau berkata, terdapat suspek warga asing yang baru beberapa hari berada di negara ini sebelum ditahan."Mereka dipercayai transit di KLIA sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, namun dadah berjaya dikesan dalam bagasi mereka," katanya.Mengulas sumber bekalan dadah, beliau berkata pihak polis percaya bahan terlarang tersebut dibawa masuk dari negara jiran sebelum diedarkan ke pasaran tempatan dan luar negara.Semakan rekod turut mendapati hanya seorang daripada suspek mempunyai rekod lampau membabitkan tujuh kesalahan berkaitan dadah dan jenayah, manakala suspek lain tidak mempunyai rekod jenayah.Antara dadah yang dirampas ialah 81.3 kilogram bunga ganja mampat, 37 kilogram ganja mampat, 3,510 unit katrij cecair ketamin, 65.4 kilogram ketamin, 84 botol cecair ekstasi dan 20.6 kilogram heroin.Selain dadah, polis turut menyita pelbagai aset bernilai RM54,835 daripada empat suspek tempatan, termasuk dua kereta jenis Honda Accord dan Proton Saga, sebuah motosikal Honda RS150 serta wang tunai dal