IPOH - Polis telah menerima 73 laporan polis berhubung kes penipuan perkhidmatan perancang perkahwinan (wedding planner) membabitkan penjawat awam dengan jumlah kerugian hampir RM1 juta.Laporan terhadap lelaki berusia 31 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut tular di media sosial sejak beberapa bulan lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, idividu berkenaan telahpun diambil tindakan dan didakwa di mahkamah pada 18 September lalu.Menurutnya, walaupun terdapat 73 laporan polis berkaitan kes berkenaan, pihak pendakwaan memutuskan untuk mengemukakan satu pertuduhan terhadap suspek."Secara keseluruhan, terdapat 73 laporan polis berkaitan perkara ini dengan jumlah kerugian hampir RM1 juta."Bagaimanapun, selepas merujuk kepada pihak pendakwaan, keputusan dibuat untuk mengemukakan satu pertuduhan terhadap suspek," katanya dalam sidang akhbar di IPK Perak di sini pada Jumaat.Beliau berkata, semua laporan polis berkenaan dibuat pada tahun lalu ketika majlis perkahwinan yang dijadualkan belum berlangsung.Sehubungan itu katanya, laporan berkenaan dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia untuk tindakan lanjut."Pihak polis sedang memproses tindakan dalaman termasuk kemungkinan dikenakan tindakan tahan kerja," katanya.Terdahulu, tular di media sosial perkongsian maklumat daripada beberapa individu dipercayai menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan.Mereka mendakwa, lelaki terbabit gagal dihubungi selepas mengambil wang daripada bakal pengantin tanpa perkhidmatan yang dijanjikan.
73 laporan polis babit kerugian hampir RM1 juta kes penipuan Wedding planner

Key takeaways
Polis menerima 73 laporan penipuan perkhidmatan wedding planner dengan kerugian hampir RM1 juta.
- Seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa di mahkamah atas kes penipuan ini.
- Pihak pendakwaan memutuskan mengemukakan satu pertuduhan terhadap suspek.
- Semua laporan polis dibuat sebelum majlis perkahwinan diadakan dan dirujuk ke Tribunal Tuntutan Pengguna.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes sunting foto lucah pelajar guna AI: Polis terima 5 laporan
- Free Malaysia Today 4 geng samun, curi kabel ECRL, TM tumpas babit kerugian RM75,000
- Sinar Harian 73 laporan polis babit kerugian hampir RM1 juta kes penipuan Wedding planner (this story)







