Shah Alam: Taktik sindiket dadah menjadikan sebuah kuil haram di Klang sebagai stor simpanan terbongkar dengan tertangkapnya seorang lelaki disyaki anggota kumpulan itu yang juga bekerja secara sambilan di rumah ibadat berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kuil itu antara empat lokasi diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dalam lima serbuan berasingan sekitar negeri itu membabitkan empat sindiket berbeza bermula 13 hingga 19 Oktober lalu.

Katanya, pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, ekstasi, ketamin, heroin dirampas menerusi lima serbuan itu membabitkan rampasan bahan narkotik bernilai RM16.2 juta.

"Kami sedang menjalankan siasatan lanjut, namun tidak menolak sebarang kemungkinan kerana semakan awal sehingga kini mendapati kuil berkenaan tidak berdaftar.