KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) berharap akan ada rundingan untuk tambahan dua lagi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata walaupun tujuh kerusi diserahkan Barisan Nasional (BN) menerusi kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada PAS, keputusan muktamad akan diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Kerusi.
"Untuk PRN Melaka, kita baru di peringkat Jawatankuasa Induk dan akan memuktamadkan dalam masa sehari dua ini.
"Walaupun tujuh (kerusi) yang disebut oleh Zahid itu ialah kerusi-kerusi yang tidak dimenangi oleh BN tapi kita masih lagi ada perundingan untuk satu dua kerusi lagi yang kita jangka kita mungkin hari ini atau esok, insya-Allah, kita harap.









