KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) belum memuktamadkan pengagihan kerusi bersama Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual berlangsung pada 14 November depan.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sebarang persetujuan berhubung jumlah kerusi yang akan ditandingi kedua-dua gabungan itu masih belum dimuktamadkan.Menurutnya, masih terdapat masa untuk kedua-dua pihak memperincikan bentuk kerjasama serta pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya berkenaan."Belum muktamad lagi, ada banyak hari lagi, berapa? 10 hari lagi," katanya selepas sidang akhbar di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembahagian kerusi PRN Melaka melibatkan BN sebanyak 21 kerusi, manakala PN pula tujuh kerusi.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Barisan Nasional (BN) mengesahkan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual berlangsung pada 14 November depan.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan mengenai pengagihan kerusi antara kedua-dua pihak telah dimuktamadkan.Menurut beliau, BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pas bersama rakan gabungannya akan bertanding di tujuh kerusi.Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kerjasama antara kedua-dua gabungan itu masih belum dimuktamadkan dari segi bentuk dan perinciannya."Kerjasama tetap kerjasama, tetapi belum lagi muktamadkan kerjasama, bentuk kerjasama dan sebagainya," katanya.
PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi dengan BN

Key takeaways
Perikatan Nasional (PN) belum memuktamadkan pengagihan kerusi dengan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 14 November depan.
- Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, menyatakan masih ada masa untuk memperincikan kerjasama dan pembahagian kerusi.
- PN belum mengesahkan dakwaan bahawa BN akan bertanding di 21 kerusi dan PN di tujuh kerusi.
- Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini telah mengesahkan rundingan pengagihan kerusi antara kedua-dua gabungan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bersatu muktamad kerusi PRN Melaka hujung minggu ini
- Malaysiakini (BM) PN: Rundingan kerjasama PRN Melaka 'dalam lingkungan 100 peratus'
- Utusan Malaysia PN belum putus penggunaan logo pada PRN Melaka
- Harian Metro PN belum putuskan logo bagi PRN Melaka
- Sinar Harian PRN Melaka: PN belum muktamad agihan kerusi dengan BN (this story)









