Kota Bharu: Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan soal logo dan jumlah kerusi yang akan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam tempoh beberapa hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perbincangan dengan UMNO juga masih berjalan.

"Isu logo tidak menjadi masalah kerana kita boleh menggunakan apa sahaja logo. Sebagaimana pada 2018, BERSATU dan AMANAH serta DAP menggunakan logo PKR.

"Daripada segi undang-undang, ia membenarkan satu gabungan yang mana gabungan itu dibatalkan, kita boleh guna mana-mana logo dalam parti gabungan itu.