KUCHING - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak petang ini.Menurut jemputan media dikeluarkan pejabat Premier Sarawak, satu sidang media khas akan diadakan di Kompleks Satria Pertiwi di sini pada jam 3.30 petang.Spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN Sarawak hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas, dengan pilihan raya negeri dijangka diadakan dalam masa terdekat.DUN Sarawak bersidang buat kali terakhir bagi penggal ini pada Rabu lepas, yang turut menyaksikan Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.Mandat semasa DUN Sarawak yang ketika ini mempunyai 82 kerusi akan berakhir pada Februari 2027.Pada PRN Sarawak yang diadakan 18 Disember 2021, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Abang Johari mencatat kemenangan besar dengan meraih 76 daripada 82 kerusi dipertandingan.Parti Sarawak Bersatu (PSB) memenangi empat kerusi, manakala DAP memperoleh dua kerusi.- Bernama
Abang Johari dijangka umum pembubaran DUN Sarawak petang ini

Key takeaways
Premier Sarawak Abang Johari dijangka umum pembubaran DUN Sarawak dalam sidang media petang ini.
- Sidang media khas akan diadakan pada pukul 3.30 petang di Kompleks Satria Pertiwi.
- Pembubaran DUN Sarawak dispekulasikan sejak beberapa hari lalu dengan pilihan raya negeri dijangka segera.
- Mandat DUN Sarawak akan berakhir pada Februari 2027, dengan 82 kerusi yang ada.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Harian Metro , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Abang Johari dijangka umum pembubaran DUN Sarawak petang ini
- Utusan Malaysia Abang Johari umum bubar DUN Sarawak petang ini?
- Sinar Harian Abang Johari dijangka umum pembubaran DUN Sarawak petang ini (this story)






%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F08%2F9696826bfa1a65ea079f75dc64e2efea.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)