PHNOM PENH: Pihak berkuasa Kemboja mengumumkan pembekuan aset bernilai kira-kira AS$1 bilion (RM4.08 bilion) yang dikaitkan dengan kes penipuan dalam talian membabitkan Prince Group.

mereka juga memohon bantuan Interpol untuk mengesan 29 individu yang disyaki menjadi dalang kegiatan penipuan berasaskan teknologi dan pengubahan wang haram, yang dipercayai melarikan diri ke luar negara.

Menteri Kanan yang juga Timbalan Pengerusi Tetap merangkap Ketua Sekretariat Suruhanjaya Membanteras Penipuan Berasaskan Teknologi Kemboja (CCTC), Chhay Sinarith, berkata penyiasat mengenal pasti 198 syarikat yang mempunyai kaitan dengan Prince Group.

Ini, termasuk 98 syarikat berdaftar di negara itu dan 100 lagi beroperasi di luar negara.