KUALA LUMPUR: Seorang daripada empat rakyat Malaysia berusia 25 hingga 44 tahun menangguhkan atau memutuskan untuk tidak berkahwin, mengadakan majlis perkahwinan atau menimang anak pertama dalam tempoh lima tahun lalu disebabkan faktor kewangan.
Dapatan Tinjauan Celik Kewangan Malaysia (RMFLS) 2026 oleh RinggitPlus menunjukkan 24.3 peratus responden dalam kumpulan usia berkenaan berdepan situasi itu dengan peratusan lebih tinggi dalam kalangan mereka berusia 25 hingga 34 tahun iaitu 28.9 peratus.
Sebaliknya, peratusan bagi responden berusia 35 hingga 44 tahun adalah 19.1 peratus.
Dapatan itu menggambarkan bagaimana kekangan kewangan mempengaruhi keputusan penting dalam kehidupan khususnya berkaitan perkahwinan dan perancangan keluarga.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fschool123_643073.png&w=480&output=webp&q=85&we)

