PUTRAJAYA: Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 2.2 peratus pada Ogos 2026, disokong terutama oleh lonjakan import benar semikonduktor sebanyak 18.7 peratus, sekali gus memberi isyarat ekonomi negara dijangka terus berkembang dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan Petunjuk Ekonomi Malaysia: IP, Serentak & Susulan Ogos 2026, berkata IP meningkat kepada 115.9 mata pada Ogos 2026 berbanding 113.4 mata pada bulan sama tahun lalu, mencerminkan prospek pengembangan ekonomi yang berterusan.
Perkembangan itu turut disokong oleh arah aliran jangka panjang IP yang melepasi paras trend kepada 100.2 mata pada Ogos 2026, menunjukkan prospek pertumbuhan ekonomi negara kekal positif.










