Melaka: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhasrat menyumbangkan keseluruhan RM173,733.61 yang diterima daripada orang ramai bagi membantu golongan memerlukan selepas usahanya mengumpul dana untuk melunaskan bayaran ganti rugi serta kos mahkamah berjumlah RM300,000 berjaya menunjukkan perkembangan positif.

Beliau berkata, jumlah sumbangan yang diterima itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan dengan perincian pengagihan akan dimaklumkan menerusi media sosialnya.

Sehubungan itu, katanya, beliau memohon keizinan daripada semua penyumbang untuk menyalurkan wang berkenaan bagi tujuan kebajikan.

"Setakat ini, beliau berjaya menjual motosikal jenis X-ADV miliknya pada harga RM150,000, manakala hasil jualan ikan talapia dari kolamnya mencecah hampir RM30,000.