WASHINGTON : Pelakon versatil, Tom Skerritt, yang membintangi pelbagai filem pecah panggung Hollywood termasuk filem klasik sains fiksyen Alien, komedi perang MASH* serta drama aksi Top Gun, meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Skerritt, yang berasal dari Detroit dan kerjaya lakonannya di Hollywood merentasi era 1960-an hingga 2020-an, disahkan meninggal dunia oleh wakil keluarganya pada Rabu.

"Dunia mungkin mengenali Tom menerusi kerjaya lakonannya yang luar biasa, namun kami mengenali beliau kerana humor, sifat ingin tahu, kebijaksanaan, kemurahan hati, serta kasih sayang yang dibawanya dalam hidup kami," kata mereka.

"Beliau amat mengambil berat tentang imaginasi, kreativiti, penceritaan, khidmat bakti, golongan veteran, alam semula jadi serta membantu orang lain mencari dan menyuarakan pandangan mereka.