Kuala Lumpur: Pelakon dan penulis skrip, Mufid Suhaimi ditemukan meninggal dunia pada usia 65 tahun di kediamannya di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Penerbit Zeel Production, Fadzil Teh berkata, arwah yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan mempunyai sejarah penyakit jantung.

"Arwah tinggal seorang diri di rumah itu. Sebelum ini, dia tinggal bersama anak saudaranya, tetapi anak saudaranya berpindah selepas dia berkahwin.

"Mengikut perancangan keluarga, jenazah arwah akan dikebumikan di Meru, Ipoh, Perak pada malam ini," katanya kepada Harian Metro memaklumkan jenazah dibawa ke Ipoh, kira-kira jam 6 petang tadi.