JAKARTA: Indonesia wajar pertimbangkan semula penyertaan dalam pelan keamanan Gaza dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kerana inisiatif itu dibentuk oleh Israel dan AS tanpa suara rakyat Palestin.

Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, memberitahu Reuters bahawa tindakan itu mungkin menggugat sejarah hubungan rapat Indonesia-Palestin.

Trump pada Januari mengumumkan penubuhan 'Lembaga Keamanan' bagi menangani konflik global yang lazimnya diuruskan PBB.

Indonesia, negara berpenduduk majoriti Islam terbesar di dunia, menyatakan kesediaan menyertai badan baharu itu dan turut berikrar menghantar anggota tentera ke Gaza sebagai sebahagian daripada pasukan penstabilan antarabangsa.