KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan sudah menyerahkan video serta transkrip kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan semalam kepada barisan peguamnya.
Menurut bekas Menteri Ekonomi itu, beliau akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai apa yang akan dilakukan peguamnya berkaitan perkara itu.
"Pakcik sengih je tengok Ramanan berpusing-pusing tadi. Pakcik dah pass (serahkan) video dan transkrip kepada peguam.
"Esok pakcik update (kemas kini) peguam kata apa," katanya menerusi hantaran di Threads malam tadi.








