SEPANG - Dua anggota polis yang mendakwa dicederakan oleh Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan memfailkan saman sivil bagi menuntut pampasan kecederaan dalam tempoh tujuh hari.Peguam yang mewakili dua anggota polis, Kamal Hisham Jaafar dan Muhammad Nor Tamrin berkata, tuntutan saman berkenaan akan dibuat mengikut undang-undang sedia ada berdasarkan kecederaan yang dialami oleh anggota polis tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Mohd Suhaily bertugas seperti biasa - PeguamMohd Shuhaily hargai sokongan masyarakat, serah proses perundangan kepada mahkamah"Tututan berkenaan membabitkan kecederaan yang dialami kerana memang ada kesan kecederaan dan kesan-kesan lain daripada segi fizikal dan mental yang telah berlaku."Kami berharap mahkamah mengambil kira beberapa faktor dan kesan kepada mangsa yang mana salah seorangnya selepas kejadian dihantuk kepala empat kali selain rawatan biasa, dia juga terpaksa menjalani rawatan psikiatri di pusat kesihatan Salak dan juga di Hospital Cyberjaya," katanya kepada pemberita selepas selesai prosiding kes berkenaan di Mahkamah Majistret Sepang pada Rabu.Terdahulu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah di mahkamah atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis, bulan lalu.Mohd Shuhaily selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani.Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di kaunter terminal 1 KLIA di sini pada jam 1.17 hingga 1.30 tengah hari 28 September lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.Mengulas lanjut, Kamal Hisham berkata, pihaknya kini menunggu laporan perubatan daripada pihak kesihatan terlibat sebelum membuat penilaian bagi menentukan jumlah pampasan yang akan dituntut.Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kes tersebut dikendalikan secara pro bono."Saya sendiri yang mengendalikan kes ini. Saya mengambil secara pro bono, percuma. Tidak ada apa-apa bayaran saya kenakan kepada kedua-dua anggota ini."Bila mereka berdua mendapatkan saya dan mengatakan mereka ada masalah dan kesukaran kerana ketiadaan duit, mereka percaya tidak ada orang yang mahu membantu mereka."Orang ramai juga diminta menghentikan spekulasi yang mengaitkan kedua-dua anggota ini terlibat dengan sindiket atau kegiatan counter setting. Itu kami tegaskan bahawa tidak ada perkara-perkara tersebut," katanya.
[VIDEO] Dua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - Peguam
Key takeaways
Dua anggota polis akan saman sivil Datuk Seri Mohd Shuhaily atas kecederaan yang dialami.
- Dua anggota polis mendakwa dicederakan oleh Datuk Seri Mohd Shuhaily.
- Mereka akan memfailkan saman sivil untuk menuntut pampasan kecederaan.
- Salah seorang mangsa menerima rawatan psikiatri selepas kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- Updated
- October 21, 2026 at 6:00 AM UTC
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 10 bekas Exco N Sembilan fail saman pemula, cabar pembatalan lantikan
- Sinar Harian [VIDEO] Dua anggota polis akan fail saman sivil terhadap Mohd Shuhaily - Peguam (this story)
- Free Malaysia Today 2 polis dakwa diserang Shuhaily mahu fail saman sivil









