Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Shuhaily Zain hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dua anggota polis bulan lalu.PETALING JAYA: Dua anggota polis yang mendakwa dikasari Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Shuhaily Zain akan memfailkan bagi menuntut pampasan atas kecederaan fizikal dan kesan trauma yang dialami mereka.

Peguam mewakili kedua-dua anggota itu, Kamal Hisham Jaffar, berkata, tindakan sivil akan difailkan dalam tempoh tujuh hari selepas dapat laporan perubatan daripada Pusat Kesihatan Salak dan Hospital Cyberjaya.

Katanya, jumlah pampasan yang dituntut akan dibuat selepas menerima laporan perubatan berkenaan dan selepas membuat penilaian serta meneliti peruntukan undang-undang berkaitan, lapor Harian Metro.