CYBERJAYA – Seramai 14 individu ditahan bagi membantu siasatan kes pecah rumah di Taman Sejati di sini baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan."Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh, suspek dipercayai seorang lelaki yang identiti serta kewarganegaraannya masih belum dikenal pasti."Suspek dipercayai memakai pakaian yang menutupi sebahagian muka serta bertopi ketika kejadian berlaku," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Norhizam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan 14 individu yang ditahan dalam kes berkenaan."Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Muhammad Fizal, menerusi talian 012-3456333 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
14 individu ditahan bantu siasatan kes pecah rumah di Cyberjaya

Key takeaways
14 individu ditahan untuk membantu siasatan kes pecah rumah di Cyberjaya, dengan suspek dipercayai seorang lelaki tidak dikenali.
- 14 individu ditahan dalam siasatan kes pecah rumah di Taman Sejati, Cyberjaya.
- Suspek dipercayai seorang lelaki yang menggunakan pakaian menutupi muka dan bertopi.
- Polis meminta orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan menghubungi pegawai penyiasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian 14 individu ditahan bantu siasatan kes pecah rumah di Cyberjaya (this story)









