Kuala Lumpur: Pemain skuasy kebangsaan, S Sivasangari mara ke separuh akhir Terbuka Silicon Valley 2026 selepas menewaskan rakan senegara Rachel Arnold di Redwood City, Amerika Syarikat pada Khamis.

Pilihan ketiga kejohanan itu mempamerkan aksi cemerlang untuk menumpaskan Rachel 11-7, 11-5, 11-6, sekali gus mencatat kemenangan keenam berturut-turut ke atas pemain itu sejak Malaysian Tour Squash X pada 2015.

Sivasangari bakal berdepan pemain India, Anahat Singh, pada aksi separuh akhir hari ini dalam pertembungan ulangan final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Anahat melangkah ke separuh akhir selepas mengejutkan pilihan keenam dari Mesir, Salma Hany, 4-11, 11-8, 4-11, 11-2, 11-5.