MILAN: Kerajaan Itali memutuskan untuk mengerahkan 500 anggota tentera ke Milan serta berjanji akan bertindak tegas selepas perhimpunan membantah peningkatan kos sara hidup bertukar menjadi rusuhan ganas, pertempuran dengan polis serta insiden rompakan dan vandalisme.

Langkah keselamatan itu diambil ketika perhimpunan susulan dijangka terus diadakan hingga Sabtu ini.

Pentadbiran Perdana Menteri berhaluan kanan, Giorgia Meloni turut mengumumkan garis panduan keselamatan baharu yang lebih ketat serta hukuman lebih berat terhadap perusuh.

Mesyuarat Kabinet pada Selasa meluluskan beberapa langkah keselamatan, termasuk memudahkan penahanan individu bawah umur serta memperkenalkan kesalahan baharu iaitu penyertaan ganas dalam demonstrasi.