SHAH ALAM – Pemandu lori yang khayal dadah dan tular memandu melawan arus sebelum merempuh 11 kenderaan hingga mencederakan empat individu di Persiaran Mokhtar Dahari di sini, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.

Tertuduh, C. Agilan, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mastura Khamis

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memandu lori dalam keadaan positf dadah amphetamine dan methamphetamine yang menyebabkan dirinya tidak berdaya sehingga mengakibatkan kecederaan kepada empat pemandu Berusia 17 hingga 58 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Persiaran Mokhtar Dahari di sini kira-kira pukul 4.