PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan.

Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan pembatalan konsert yang sepatutnya berlangsung pada 22 November di Unifi Arena itu diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor walaupun persiapan dan perancangan awal telah dilaksanakan.

“Pihak T-Rex Studio menyampaikan permohonan maaf kepada semua peminat, pemegang tiket, rakan penaja serta rakan media atas segala kesulitan dan kekecewaan yang timbul susulan pembatalan ini.

“Kami amat menghargai kepercayaan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang usaha menjayakan konsert ini,” kata menerusi satu kenyataan.