Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Azrul Darus membenarkan Tan Kean Soon diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Tan Kean Soon mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan sebanyak RM5.5 juta dan SGD1.5 juta dengan mendakwa wang itu akan digunakan untuk menyelesaikan siasatan pengubahan wang haram.

Bekas timbalan pengerusi eksekutif T7 Global Bhd yang bergelar Tan Sri itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azrul Darus di sini hari ini.

Tan, 62, didakwa menipu Keh Chuan Seng dalam empat kejadian berasingan dengan mendakwa beliau boleh membantu menyelesaikan pembekuan akaun bank peribadi dan korporat milik Keh serta siasatan polis di bawah undang-undang antipengubahan wang haram.