AYER KEROH: Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk BN malam tadi.
"Saya mengumumkan Datuk (Seri) Rauf adalah Pengarah Pilihan Raya BN Negeri Melaka.
"Sebelum ini Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), tetapi beliau sebagai Menteri Luar agak sibuk, kebetulan pula ketika kempen PRN berjalan nanti beliau mempunyai tugasan di luar negara, termasuk menghadiri mesyuarat negara Komanwel dan juga tugas mewakili negara bagi mesyuarat serantau, khususnya Sidang Kemuncak ASEAN di Manila dan juga di beberapa negara yang lain.








