Balu bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, Naimah Khalid, dua anak lelaki mereka, Amir dan Amin, serta peguam Amir Zharif Abdullah dan Nizamuddin Hamid memfailkan saman itu awal tahun ini terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ketua Polis Negara Khalid Ismail dan kerajaan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman difailkan keluarga bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua peguam bagi menghalang siasatan polis berhubung dakwaan komplot untuk menjatuhkan kerajaan.

Hakim Indra Nehru Savandiah membenarkan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman itu selepas memutuskan bahawa saman berkenaan tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah.

Balu Daim, Naimah Khalid, dua anak lelaki mereka, Amir dan Amin, serta peguam Amir Zharif Abdullah dan Nizamuddin Hamid memfailkan saman itu awal tahun ini terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Ketua Polis Negara Khalid Ismail dan kerajaan.