BATU PAHAT: Seorang penjawat awam ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan lelaki yang baru dikenali dua bulan di sebuah hotel di sini, semalam.

Kedua-duanya ditahan dalam pemeriksaan rambang di sebuah hotel sekitar bandar ini, pada jam 11.35 malam.

Menurut JAINJ, wanita berstatus janda berusia 30-an terbabit dilaporkan sanggup menempuh perjalanan lebih 200 kilometer (km) dari Melaka semata-mata untuk menemui kenalan lelakinya yang berstatus duda selepas berkenalan menerusi media sosial.

Katanya, ketika pemeriksaan, pintu bilik hotel berkenaan dibuka oleh wanita terbabit yang memakai baju kurung dan menutup kepalanya dengan tuala.