Batu Pahat: Penjawat awam ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki yang baru dikenali dua bulan di sebuah hotel, di sini, semalam.
Kedua mereka ditahan dalam pemeriksaan rambang di sebuah hotel sekitar bandar ini, pada 11.35 malam.
Menurut JAINJ, wanita berstatus janda berusia 30-an terbabit dilaporkan sanggup menempuh perjalanan lebih 200 kilometer (km) dari Melaka semata-mata untuk menemui kenalan lelakinya berstatus duda itu selepas berkenalan menerusi media sosial.
Katanya, ketika pemeriksaan didapati pintu bilik hotel berkenaan dibuka oleh wanita terbabit yang memakai baju kurung dan menutup kepalanya dengan tuala.






