Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) membuka kertas siasatan berhubung kandungan dimuat naik menerusi akaun Facebook 'Vikke Lee'.

MCMC dalam kenyataan hari ini, berkata siasatan dibuat selepas kandungan itu disyaki mengandungi unsur jelik melampau.

Kandungan itu, katanya, turut menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Rakaman percakapan sudah dijalankan di Balai Polis Sri Petaling bagi membantu siasatan, selain satu unit telefon bimbit berserta kad sim juga disita.