Pegawai SKMM mengambil keterangan individu dipercayai pemilik akaun Facebook 'Vikke Lee' kerana memuat naik kandungan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. (Gambar SKMM)PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat pemilik akaun Facebook 'Vikke Lee' kerana disyaki memuat naik kandungan yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
SKMM dalam satu kenyataan berkata kandungan tersebut turut menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R).
Katanya, rakaman percakapan terhadap individu itu dijalankan di Balai Polis Sri Petaling dan SKMM turut menyita satu telefon bimbit berserta satu kad sim.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.









